Isnin, 11 Mei 2009

SEPINTAS RENUNGAN



Ada beberapa pekara yang perlu anda cuba renungkan:




Jangan membalas cercaan yang melukai hati anda, samada ia berupa ucapan atau pun ejekan menggunakan qasidah.Sesungguhnya kesabaran anda dalam menghadapi semua itu dengan sendirinya menguburkan semua keaiban.Kelembutan membuat anda meraih kemuliaan, mendiamkannya akan membuat mereka kalah dan rasa bersalah. Memaafkannya akan membuat anda mencapai pahala dan kemulian disisi Allah.




Ingat sebahagian daripada mereka yang pernah mencerca atau mengkritik anda itu akan melupakan cercaan mereka, sesetengah daripadanya tidak sedar dengan apa yang mereka lontarkan, dan selebihnya tidak mengerti apa dan mengapa mereka mencerca anda.Maka jangan pedulikan cercaan itu dan jangan pula berusaha untuk membalas apa yang telah mereka perkatakan itu.




LAKUKAN APA YANG ANDA PANDANG BENAR, DAN PALINGKAN PANDANGAN ANDA DARI KRITIKAN YANG TIADA BERGUNA.SETELAH KESULITAN PASTI ADA KEMUDAHAN.






Tiada ulasan:

ADVERTLETS.COM

ADVERTLETS.COM