Ahad, 30 Januari 2011

Hari Perhimpunan Kakitangan Perkhidmatan Awam Sarawak 06122010

Beberapa hari aku bertugas di Kucing aku telah terpilih untuk menghadiri hari Perhimpunan Kakitangan
 Perkhidmatan Awam peringkat Negeri Sarawak di Bangunan baru iaitu di Borneo Convention Center.
Sambutan yang diadakan sangat meriah, Pegawai dan kakitangan di Jabatan aku tiba pada jam 0830 pagi selepas mengharungi kesesakan jalan raya untuk ke tempat tersebut. Perhimpunan ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak.


Semasa pegawai2 dan kakitangan sedang mengisi tempat duduk , kami di hiburkan dengan pelbagai persembahan di atas pentas utama, sementara menanti ketibaan Pembesar Negeri dan VVIP untuk majlis tersebut.

 Makan tengah hari di tingkat bawah ruangan letak kereta dan disamping itu diadakan acara cabutan number bertuah yang menyediakan banyak hadiah2 yang menarik.

Meja hidang yang menjadi tumpuan kakitangan perkhidmatan Awam menjamu selera, waktu tengah hari sebelum bersurai menuju ke jabatan masing2.
 Pegawai-pegawai berbual dan menanti keputusan cabutan bertuah selepas menjamu selera , keputusan diumumkan melalui skrin yg dipasang di beberapa lokasi di tempat makan.

 gambar penerima hadiah cabutan bertuah di skin putih

Sabtu, 8 Januari 2011

Pertama kali aku menjejak kaki di bumi kenyalang

Mula pertama kali aku melangkahkan kaki aku ke Sarawak "bumi kenyalang" pada  16hb Oktober 2010. Pada masa itu aku bersama-sama family aku datang buat kali pertama ke Sarawak walaupun aku akan berpindah akan berpindak ke kuching pada bulan November tetapi aku sekeluarga telah menjejakkan kaki lebih awal. Sememangnya aku telah lama merancang untuk membawa family aku menaiki kapalterbang untuk kali pertama bagi anak-anak aku. Gembira sangat aku bila melihat anak-anak aku menaiki kapalterbang buat kali pertama, aku seronok bila melihat riaksi mereka apabila menjejak kaki ke dalam pesawat air asia A320.
                                                                              


Jumaat, 7 Januari 2011

kenali bumi kenyalang


Bangunan ADUN Sarawak
melambangkan  kemegahan sistem pentadbiran/politik.

Dari negeri yang banyak bijih timah aku merantau lagi tapi kali ini di Kuching,Sarawak. Negeri yang terkenali dengan nama " bumi kenyalang". Sarawak mempunyai pelbagai etnik yang mempunyai kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. 
Sekitar kuching

ADVERTLETS.COM

ADVERTLETS.COM