Rabu, 13 Mei 2009

HARI GURU 16 MEI

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.






LOGO HARI GURU



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 Tahun 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu.


Hari guru disambut bagi mengingati jasa dan budi guru-guru sebagai pendidik anak bangsa, sumbangan guru-guru sangat berharga. Mereka di ibaratkan sebagai lilin yang membakar diri menerangi orang lain.

Sempena sambutan Hari Guru pada tahun 2009 ini, tema yang di pilih ialah "Guru Pembina Negara Bangsa".

Jangan lupa menyambut hari Guru, buat cikgu-cikgu semua jasa mu akan kami kenang hingga akhir hayat, terima kasih cikgu....

Tiada ulasan:

ADVERTLETS.COM

ADVERTLETS.COM