Selasa, 17 Mei 2011

Kembara ke ASAJAYA

Pejalanan ke aku kali ini adalah ke satu daerah yang sangat asing bagi aku, kerana ini merupakan pengalaman pertama aku sepanjang berada di sarawak, kerana sebelum ini aku hanya bergerak di sekitar bandar kuching.Perjalanan ini merupakan pengalaman yang amat menarik bagi aku kerana jarak perjalanan agak jauh ke arah selatan Bandaraya Kuching.

Aku bergerak ke Kota Samarahan dari bandar Kuching dengan menaiki kereta bersama seorang kawan. Kota Samarahan merupakan pusat pendidikan di Kuching, di sini terdapat Universiti, Politeknik dan Pusat Latihan Intan. Pembangunan sedang giat di laksanakan tetapi pembangunannya agak perlahan. Jika dilihat pekan Kota Samarahan agak kecil berbanding Bandar Universiti di semenanjung.

Dari Kota Samarahan kami bergerak ke sebuah pekan kecil di Asajaya. Perjalanan kami ke Asajaya mengambil masa yang agak lama kerana kami terpaksa menaiki feri untuk menyeberangi sungai. Kami terpaksa menunggu lebih kurang 30 minit sebelum dapat menaiki feri kerana pada ketika itu air baru hendak pasang. Perkhidmatan feri bergantung kepada pasang/surut air di sungai tersebut.



Sementara menunggu air pasang kami, merayau rayau sekitar jeti, memandangkan terdapat gerai-gerai kecil menjual berbagai makanan dan minuman.Apa lagi posing la sikit kat tempat tu!!!


aksi tepi sungai bro..
 

sibuk ambil gambar
 
Ini lah pemandangan di tepi sungai tu.. air keroh biasa la beb nama pun sungai.
Aku sempat mengambil gambar sekitar kawasan..lambat betul nak tunggu feri, cuaca pulak agak panas maklumlah dah jam 12 tengahari.



 
barisan kenderaan mennuggu
 

Khamis, 3 Februari 2011

Syariat Kelahiran

Kesempurnaan Islam tergambar dengan jelas dari peringkat kelahiran insan.Kegembiraan menimbang cahaya mata yang sekian lama ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas yang islam tentukan.

Tangisan bayi bergema memecah keheningan suasana.Kehadiran ahli keluarga baru itu sememang dinanti-nantikan khususnya oleh si ibu dan juga si bapa.Kelahiran bayi sebagai penghubung jambatan kasih suami isteri adalah rahmat Allah SWT yang tidak ternilai harganya.

Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan.Jesteru, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut.

Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut.Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama Islam




Semoga ilmu dikongsi menjadi panduan hidup kita, namun seandainya tiada rotan, akar pun berguna juga.

Hasbi Rabbi - Akhil Hayy



Sekitar Kuching SARAWAK

Hasbi Rabbi - Akhil Hayy



Sekitar Kuching SARAWAK

Ahad, 30 Januari 2011

Hari Perhimpunan Kakitangan Perkhidmatan Awam Sarawak 06122010

Beberapa hari aku bertugas di Kucing aku telah terpilih untuk menghadiri hari Perhimpunan Kakitangan
 Perkhidmatan Awam peringkat Negeri Sarawak di Bangunan baru iaitu di Borneo Convention Center.
Sambutan yang diadakan sangat meriah, Pegawai dan kakitangan di Jabatan aku tiba pada jam 0830 pagi selepas mengharungi kesesakan jalan raya untuk ke tempat tersebut. Perhimpunan ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak.


Semasa pegawai2 dan kakitangan sedang mengisi tempat duduk , kami di hiburkan dengan pelbagai persembahan di atas pentas utama, sementara menanti ketibaan Pembesar Negeri dan VVIP untuk majlis tersebut.

 Makan tengah hari di tingkat bawah ruangan letak kereta dan disamping itu diadakan acara cabutan number bertuah yang menyediakan banyak hadiah2 yang menarik.

Meja hidang yang menjadi tumpuan kakitangan perkhidmatan Awam menjamu selera, waktu tengah hari sebelum bersurai menuju ke jabatan masing2.
 Pegawai-pegawai berbual dan menanti keputusan cabutan bertuah selepas menjamu selera , keputusan diumumkan melalui skrin yg dipasang di beberapa lokasi di tempat makan.

 gambar penerima hadiah cabutan bertuah di skin putih

Sabtu, 8 Januari 2011

Pertama kali aku menjejak kaki di bumi kenyalang

Mula pertama kali aku melangkahkan kaki aku ke Sarawak "bumi kenyalang" pada  16hb Oktober 2010. Pada masa itu aku bersama-sama family aku datang buat kali pertama ke Sarawak walaupun aku akan berpindah akan berpindak ke kuching pada bulan November tetapi aku sekeluarga telah menjejakkan kaki lebih awal. Sememangnya aku telah lama merancang untuk membawa family aku menaiki kapalterbang untuk kali pertama bagi anak-anak aku. Gembira sangat aku bila melihat anak-anak aku menaiki kapalterbang buat kali pertama, aku seronok bila melihat riaksi mereka apabila menjejak kaki ke dalam pesawat air asia A320.
                                                                              


Jumaat, 7 Januari 2011

kenali bumi kenyalang


Bangunan ADUN Sarawak
melambangkan  kemegahan sistem pentadbiran/politik.

Dari negeri yang banyak bijih timah aku merantau lagi tapi kali ini di Kuching,Sarawak. Negeri yang terkenali dengan nama " bumi kenyalang". Sarawak mempunyai pelbagai etnik yang mempunyai kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. 
Sekitar kuching

ADVERTLETS.COM

ADVERTLETS.COM