Sabtu, 23 Mei 2009

Mangsa pertama dibenar pulang

Mangsa pertama yang dijangkiti virus Influenza A (H1N1) di negara ini yang dikuarantin di Hospital Sungai Buloh di sini, sejak 15 Mei lalu, disahkan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital itu, semalam.

Perkembangan terbaru itu menyusuli selepas seorang lagi pelajar yang juga mangsa kedua positif virus berkenaan di negara ini dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang, Rabu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata Malaysia kekal dengan dua kes masing-masing pada 15 dan 16 Mei lalu.

“Saya menasihatkan orang ramai sentiasa memberi perhatian serius terhadap penyakit ini dan mendapatkan maklumat terkini daripada kementerian,” katanya dalam kenyataan, semalam. Katanya, dua penumpang warga negara Amerika Syarikat yang disahkan positif H1N1 berada dalam keadaan sihat dan tempoh kuarantin mereka berakhir hari ini.

Tiada ulasan:

ADVERTLETS.COM

ADVERTLETS.COM