Isnin, 11 Mei 2009

Nizar diumumkan MB Perak yang SAH

Jangan bersedih!..Kerana penyakit yang anda deritai akan hilang, cubaan akan pergi, dosa akan diampuni, hutang akan terbayar, orang yang terpenjara akan bebas, orang yang hilang akan kembali, orang yang melakukan kemaksiatan akan bertaubat, dan orang yang fakir akan menjadi kaya...

Jangan bersedih, perhatikan bagaimana awan hitam itu tersingkap terang, malam yang pekat menjadi terang-benderang, angin kencang menjadi tenang dan badai menjadi reda, YAKINLAH itu menandakan bahawa kesulitan hidup yang anda rasai akan lenyap, kehidupan anda akan bahagia dan masa depan menjadi gemilang.

Jangan bersedih! .. kerana teriknya mentari akan diteduhkan oleh bayangan, rasa lapar yang mencekik akan disegarkan oleh air yang dingin , dan rasa lapar yang mencengkam akan dikenyangkan oleh sepotong roti yang hangat.Keletihan kerana berjaga malam akan berhujung pada tidur yang nyenyak, pedihnya kesakitan akan hilang dengan lazatnya sihat. Kerana itu anda hanya perlu kesabaran dan tunggulah barang sejenak.

atas berkat kesabaran dan usaha yang benar tetap benar, kejayaan telah engkau kecapi hari ini.Hari gelap telah bercahaya, perjuangan harus diteruskan untuk rakyat perak tak kira bangsa atau agama, moga ALLAH memberkati segala usaha mu.



MB+sah.JPG (image)

Tiada ulasan:

ADVERTLETS.COM

ADVERTLETS.COM