HIDUP BERTAKWA BERMULA DARIPADA LAHIRNYA INSAN KE DUNIA.KETINGGIAN MARTABAT INSAN DI SISI ALLAH SWT DINILAI BUKAN DARIPADA PANGKAT ATAU KEDUDUKAN, KEBANGSAWANAN ATAU DARJAT KETURUNAN, KEMEWAHAN ATAU HARTA BENDA MALAH BUKAN DARIPADA WARNA KULIT ATAU PARAS RUPA TETAPI NILAI SEBENAR ADALA MELALUI KETAKWAAN.
Khamis, 28 Mei 2009
Celebrity Malaysia Yang Seksi
Semut Gergasi dengan sos
Isnin, 25 Mei 2009
Sinus: Rawat sebelum parah
Jika sinusitis disebabkan alahan, doktor mungkin memberi anda ubat kortikosteroid
dalam bentuk pil.Pengambilan ubat ini seharusnya boleh mengurangkan
gejala sinusitis dan sakit kepala.
Jika masalh masih tidak berkurang dengan pengambilan ubat, doktor mungkin
mencadangkan anda menjalani pemnedahan dipanggil antral-puncture and wash out.
Ia prosedur pendek (10 hingga 15 minit) di bawah bius setempat (dewasa)
atau bius umum (seluruh badan) bagi kanak-kanak.
Sekitar Perak
Sinus:Rawat sebelum parah
Rasa kurang selesa makin bertambah apabila dibahagian tekak bagai dipenuhi kahak.
jika anda mempunyai simptom seperti itu ia menandakan anda mungkin mengalami masalah sinusitis.
Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus.Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.
Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung.Ruang ini dipanggil sinus.
Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia.Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80% didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.
Antara punca sinus adalah jangkitan bakteria dan dianggarkan 85% kes sinusitis berpunca daripada selsema biasa yang tidak dirawat dan berlanjutan lama.Ini bermakna seseorang individu itu mengalami jangkitan bakteria sekunder yang berlaku ketika selsema.
Selain itu ia juga berpunca akibat daripada perubahan cuaca sejuk, jangkitan fungus, masalah sistem imun seperti dialami penghidap virus hIV dan pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.
Tidak kurang juga jangkitan pada gigi (ketika rawatan gigi yang merebak ke ruang sinus) di samping jangkitan yang berlaku ketika berenang atau menyelam dalam air yang tercemar dan masuk ke ruang sinus.
Mereka yang mempunyai asma mengalami ketumbuhan (polip) dalam hidung, alahan (pada habuk dan debunga) dan ada masalah membabitkan aliran mukus (lendir) dalam sistem pernafasan seperti sista fibrosis adalah lebih mudah mengidap sinus.
Jika keradangan sinus tidak mendatangkan masalah, anda tidak perlu mendapatkan rawatan.Ramai orang ada dalam kategori ini.
Bagaimanapun, jika sinusitis mula menyebabkan gangguan pada kesihatan seperti demam, sakit kepala dan leher, muka sakit dan bengkak, anda disarankan berjumpa doktor.
Jika didapati sinusitis anda teruk, usah biarkan ia berlanjutan kerana melengahkan rawatan boleh menyebabkan masalah anda bertambah buruk.Jangkitan bakteria perlu dihapuskan kerana ia boleh memasuki aliran darah dan mengakibatkan keracunan yang menyebabkan seluruh badan terasa sakit
Sekitar Perak
Ahad, 24 Mei 2009
THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT . Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
KELIMA. Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
KEENAM. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.. Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.. Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
KEEMPATBELAS. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS. Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS. Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH. Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
ALLAH je mengetahui..... (kajian)
just bace dulu n evaluate it later...
Allah sahaja yang tahu kebenarannya.
[Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]
* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun.... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...
* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....
* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...
* Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini..
Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam. P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam... Wallahua'lam...
Manusia , Malaikat , Syaitan .... fikir-fikirkan lah sketsa ini
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ...
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. . Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku terus membaca laman blog dan aku seorang saja yang tau...
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal dan cerita tentang blog ni..
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
Lu fikir la sendiri, jangan marah ini cuma gurau "no heart feeling ye..."
Gadis melampau menerima padah - sekadar renungan
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.
Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Sabtu, 23 Mei 2009
Sekecil-kecil amalan tetap jadi penyelamat kita di akhirat
Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Madini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat hal yang sangat menakjubkan.
Aku melihat seorang daripada umatku didatangi oleh malaikat untuk mencabut nyawanya, lalu datang amalannya kepadanya dalam berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, sehingga amalan itu membuat malaikat kembali semula.
“Aku melihat seseorang yang sudah dipersiapkan kepadanya seksa kubur, lalu datang wuduknya sehingga wuduknya itu menyelamatkannya daripada seksa kubur.
“Aku melihat seseorang yang sudah dikepung banyak syaitan, lalu datang kepadanya zikirnya kepada Allah, sehingga zikirnya itu mengusir syaitan darinya.
“Aku melihat seseorang yang kehausan, sedang tiap kali ia mendekati telaga, ia diusir darinya. Lalu datanglah puasa Ramadan, sehingga puasanya itu memberikan minum kepadanya.
“Aku melihat seseorang di mana nabi masing-masing duduk dalam majlis halaqah, ia diusir dan dilarang untuk bergabung di dalamnya. Lalu datanglah mandinya dari hadas besar, sehingga mandinya itu membimbing ia dengan memegang tangannya seraya mendudukkannya di sampingku.
“Aku melihat seseorang yang di depannya gelap sekali, begitu pula di belakangnya, atasnya dan bawahnya, sehingga ia kebingungan mencari arah jalannya. Datanglah kepadanya haji dan umrahnya, lalu keduanya mengeluarkan ia daripada kegelapan dan memasukkannya ke tempat yang terang sekali.
“Aku melihat seseorang yang melindungi mukanya dengan tangannya daripada panasnya gejolok api, lalu datang sedekahnya kepadanya dengan menutupi gejolakan api dari mukanya seraya membimbingnya ke hadapan Allah.
“Aku melihat seseorang yang mengajak bercakap orang Mukmin, tetapi mereka mendiamkan diri. Datanglah silaturahim seraya berkata: “Wahai orang beriman, sesungguhnya ia adalah orang yang melakukan silaturahim, maka ajaklah dia bercakap.” “Maka orang itu diajak bercakap oleh semua orang Mukmin dan mereka menghulurkan tangan untuk berjabat dengannya, sementara ia pun menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan mereka.
“Aku melihat seseorang yang sudah dicengkam malaikat Zabaniyah, lalu datanglah kepadanya amal makruf dan nahi munkarnya, hingga amalannya itu menyelamatkan ia daripada seksa Zabaniyah dan memasukkannya ke dalam lingkungan malaikat rahmat.
“Aku melihat seseorang yang jalannya merangkak dengan kedua-dua lututnya dan di depannya ada tabir yang memisahkan ia dengan Allah, lalu datanglah akhlak baiknya seraya memegang tangan dan membimbingnya ke hadrat Allah.
“Aku melihat seseorang yang catatan amalannya datang dari sebelah kirinya, lalu datanglah takwanya kepada Allah dan mengambil buku itu dengan meletakkannya di tangan kanannya.
“Aku melihat orang yang timbangan amalannya sangat ringan, lalu datang anaknya yang
meninggal dunia waktu kecil, sehingga mereka memberatkan timbangan amalan baiknya itu.
“Aku melihat seseorang yang berdiri di tebing Jahanam, lalu datanglah harapannya kepada Allah, hingga harapannya itu menyelamatkannya dari Jahanam dan ia berjalan menuju syurga dengan selamat.
“Aku melihat seseorang yang terpelanting di atas neraka, lalu datanglah air matanya kerana takut kepada Allah hingga air mata itu menyelamatkannya dari jatuh ke neraka.
“Aku melihat seseorang yang sedang berada di atas jambatan (sirat) dengan tubuh gementar, lalu datang husnuzannya (sangka baik) pada Allah, hingga sikapnya itu menjadikan dia tenang dan ia berjalan dengan lancar.
“Aku melihat seseorang yang jatuh bangun di atas jambatan, kadang-kadang ia merangkak, kadang-kadang pula ia bergantung, lalu datanglah solatnya menegakkan kedua kakinya dan menyelamatkannya hingga ia mampu menyeberangi jambatan sampai ke pintu syurga.
“Akupun melihat pula seseorang yang sudah sampai ke pintu syurga, semua pintu ditutup baginya, lalu datanglah syahadahnya, sehingga dibukakan pintu syurga dan ia pun boleh masuk ke dalamnya.
” Itulah gambaran amalan yang dengan izin Allah boleh menyelamatkan umat Muhammad SAW yang benar-benar melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW dengan hati ikhlas.
Mangsa pertama dibenar pulang
Perkembangan terbaru itu menyusuli selepas seorang lagi pelajar yang juga mangsa kedua positif virus berkenaan di negara ini dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang, Rabu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata Malaysia kekal dengan dua kes masing-masing pada 15 dan 16 Mei lalu.
“Saya menasihatkan orang ramai sentiasa memberi perhatian serius terhadap penyakit ini dan mendapatkan maklumat terkini daripada kementerian,” katanya dalam kenyataan, semalam. Katanya, dua penumpang warga negara Amerika Syarikat yang disahkan positif H1N1 berada dalam keadaan sihat dan tempoh kuarantin mereka berakhir hari ini.
Rabu, 20 Mei 2009
Utara: Perak perlu RM50j panjangkan landasan LTSAS
IPOH: Kerajaan Perak memohon peruntukan RM50 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk pembiayaan projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau sendiri menulis surat permohonan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana menganggap ia adalah projek yang perlu disegerakan dan pada masa sama, berhasrat membina lapangan terbang baru di lokasi lain.
"Kerajaan negeri sudah mengadakan perbincangan beberapa kali dengan Kementerian Pengangkutan dan kami berpendapat LTSAS perlu dipanjangkan kira-kira 200 meter lagi. Kita tahu ada beberapa halangan seperti lokasi tidak strategik dan terdapat kira-kira 70 rumah di persekitaran lapangan terbang itu yang mungkin terbabit.
Kita merancang projek ini diteruskan supaya kapal terbang bersaiz Airbus dapat mendarat di LTSAS, tanpa menjejaskan rumah di persekitarannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian sambutan Jubli Perak dan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah.
Majlis itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di sini, semalam. Zambry berkata, penambahbaikan LTSAS penting kerana dua syarikat penerbangan AirAsia dan Firefly secara dasarnya bersetuju untuk mengadakan perkhidmatan penerbangan dari lapangan terbang itu dengan cadangan destinasi antaranya ke Singapura; Guangzhou, China serta Medan, Indonesia, sekali gus membolehkan LTSAS dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Selain itu, beliau berkata, kajian sedang dijalankan untuk mencari lokasi sesuai bagi pembinaan lapangan terbang baru yang lebih moden dan besar di negeri ini dengan beberapa kawasan dikenal pasti, termasuk di kawasan Perak Tengah dan Lembah Beriah dekat Alor Pongsu di Bagan Serai. Zambry turut mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada sekolah menengah kebangsaan agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu untuk pembesaran makmal bahasanya.
Selasa, 19 Mei 2009
TERNAK IKAN KELI DALAM KOLAM KUMBAHAN NAJIS BABI
Dua penumpang pesawat dikuarantin
MELAKA 18 Mei - Dua penumpang pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dan AirAsia AK-5358 kini dikuarantin di rumah masing-masing mulai semalam bagi memantau sama ada mereka dijangkiti selesema babi atau virus influenza A (H1N1).
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ghazali Othman berkata, sejurus mendapat maklumat mengenai mereka, pihaknya telah berjaya mengesan kedua-dua lelaki itu dan dikuarantin di rumah masing-masing selama tujuh hari.
"Kedua-duanya disahkan menaiki pesawat MH091 dan AK-5358. Mereka kini dikuarantin di rumah masing-masing bagi memantau sama ada dijangkiti H1N1 atau tidak," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas usaha kerajaan untuk mengesan penumpang MH091 dan AK-5358 dan setakat ini tiga penumpang telah disahkan positif H1N1.
Menurut Ghazali, pemeriksaan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang simptom dijangkiti wabak berkenaan.
Bagaimanapun kata beliau, pemantauan rapi selama seminggu akan dibuat ke atas kedua-dua lelaki tersebut untuk memastikan mereka bebas daripada jangkitan itu.
"Ia masih di peringkat siasatan dan kita belum pastikan mereka ini positif dijangkiti wabak ini. Setakat ini mereka tidak menunjukkan sebarang simptom H1N1," katanya.
Bagi tujuan itu beliau berkata, mereka telah dinasihatkan supaya terus berada di rumah masing-masing sehingga selesai pemeriksaan rapi dijalankan.
Bebas H1N1 jika tiada kes esok
PUTRAJAYA 18 Mei – Malaysia akan diisytihar bebas jangkitan influenza A (H1N1) sekiranya tiada kes terbaru dilaporkan selepas Rabu ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat.
Menurutnya, tempoh tersebut adalah berdasarkan penularan virus itu yang memakan masa selama tujuh hari selepas kes pertama dikesan di negara ini pada 13 Mei lalu.
‘‘Sehingga kini belum ada kes jangkitan virus itu dikesan di negara kita dan dua kes yang dilaporkan sebelum ini dikesan dari negara terlibat, jadi mereka mungkin dijangkiti di sana.
‘‘Jika selepas 20 Mei ini, mungkin kita boleh kata tiada jangkitan virus itu di dalam negara ini tetapi tidak boleh katakan negara bebas sepenuhnya dari virus itu kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai situasi semasa H1N1 dan tindakan kementerian menanganinya di sini hari ini.
Sehingga pagi ini, sebanyak 111 kes diasingkan bagi tujuan pemeriksaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya dua kes yang dilaporkan sebelum ini disahkan positif H1N1.
Semalam, sembilan kes yang disyaki dilaporkan dan empat daripadanya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, dua di Hospital Kangar, dua di Hospital Tuanku Ja‘afar, Seremban dan satu kes di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Kesemuanya disahkan negatif H1N1 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMP).
Pada sidang akhbar sama, Dr. Ramlee berkata, bagi perkembangan dua kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pulau Pinang, keadaannya kini stabil.
Menurutnya, ahli keluarga kedua-dua mangsa itu turut berada dalam keadaan sihat.
‘‘Selepas doktor membuat rawatan dan pengesahan bahawa mereka betul-betul bebas daripada virus itu, mereka akan dibenarkan pulang.
‘‘Ini biasanya pada hari kelima dan keenam daripada hari mereka mendapatkan rawatan,” katanya.
Mengenai tindakan mengesan penumpang pesawat MH091, Dr. Ramlee berkata, tujuh lagi berjaya dikesan dan kesemuanya kini dikuarantin di rumah masing-masing.
‘‘Setakat ini, mereka berada dalam keadaan sihat dan buat masa ini, kita sedang mengesan kira-kira 17 orang lagi penumpang pesawat itu.
‘‘Bagi penumpang pesawat AK 5358 pula, seramai 33 penumpang dan empat krew penerbangan telah dikesan dan mereka kini dikuarantin rumah dan berada dalam keadaan sihat. Seramai 69 lagi masih dikesan,” katanya.
Dr. Ramlee berkata sehingga pagi ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sebuah lagi negara turut mencatat wabak itu iaitu Ecuador, menjadikan keseluruhan negara yang terlibat sehingga kini ialah 39.
Isnin, 18 Mei 2009
Khasiat kekacang

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
metro 18/05/2009
Folat - Mengurangkan risiko kecacatan ketika kelahiran dan melambatkan proses penuaan.
Mangan - Menguatkan tulang serta metabolisme protein, lemak dan karbohidrat.
Magnesium - Membina tulang serta menstabilkan tekanan darah yang penting untuk jantung.
Zat besi - Membawa oksigen ke dalam darah.
Selenium - Mengatur fungsi tiroid serta menghalang kerosakan sel akibat proses pengoksidaan.
Zink - Membantu sistem pertahanan, sintesis DNA serta mengekalkan deria rasa dan deria bau.
Serat - Serat larut mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol dan mengekalkan keseimbangan bakteria baik.
Protein - Membantu fungsi badan dalam proses tumbesaran.
Tembaga - Kunci untuk penyerapan zat besi dan membantu menentang radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel.
Potasium - Mengawal tekanan darah.
Karbohidrat - Kanji kompleks yang bagus untuk tenaga dan mempunyai fungsi penting dalam pengurusan berat badan.
Kalsium - Membina tulang, baik untuk kanak-kanak dan mengurangkan tulang daripada mengecil.
Flu H1N1: 101 penumpang AirAsia dikuarantin
Kesemua 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 - yang dinaiki penghidap influenca A (H1N1) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu akan dikuarantin di rumah berkuatkuasa serta-merta.Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat memberita sidang media hari ini bahawa penerbangan tersebut berlepas dari LCCT Sepang pada jam 11 pagi hari berkenaan.
Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.Katanya, jabatan kesihatan negeri-negeri terbabit juga telah diberi senarai nama penumpang terbabit untuk mengesan mereka, lapor theStar."Pegawai kementerian kesihatan akan melawat mereka yang diletakkan di bawah kuarantin di rumah dua kali sehari," katanya.Mengenai dua individu yang disahkan menghidap influenza A (H1N1), Dr Ramlee berkata mereka berada dalam keadaan stabil.Pesakit pertama, katanya, masih lagi mengalami sedikit demam manakala penghidap kedua sudah tidak demam lagi.
Manakala anggota keluarga mereka, tambah Dr Ramlee, masih dikuarantin di rumah masing-masing.Mengenai penumpang pesawat MAS MH091 dari Newark yang dinaiki dua pesakit HINI itu, Dr Ramlee berkata, pihak kementerian mendapati 95 daripada 119 penumpangnya turun di Malaysia.Katanya, mereka yang terdiri daripada 80 rakyat Malaysia dan 15 rakyat asing, telah diletakkan dikuarantin tempat kediaman.Kementerian juga, tambahnya, sedang berusaha untuk mengesan baki penumpang - seorang rakyat Malaysia dan 23 rakyat asing."Lima belas krew penerbangan MH091 dikuarantin di rumah dan mereka dalam keadaan sihat," tambahnya.
Malaysia Kini
Penumpang wanita MH091 bebas H1N1
Seorang penumpang wanita penerbangan MH091 dihantar dan dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah Hospital (HSA) di Johor Baharu selepas beliau mengalami demam di dapati bebas daripada virus influenza A(HIN1), kata Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Mohd Khairi Yaakob hari ini.
malaysia kini
Desak TH turunkan tambang haji


Kebanyakan pihak termasuk orang ramai menyifatkan kenaikan itu agak membebankan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Md. Saleh Md. Ahmad berkata, berikutan suasana ekonomi sekarang agak membebankan rakyat, TH perlu mempertimbangkan kenaikan tersebut.
‘‘Kenaikan ini agak membebankan bagi mereka yang berpendapatan rendah, sekarang ini semua kos telah meningkat,’’ katanya ketika dihubungi di sini.
TH dalam kenyataannya kelmarin mengumumkan, kadar bayaran tambang tahun ini akan dinaikkan sebanyak 11 peratus berikutan peningkatan kos yang tidak dapat dielakkan.
Ini bermakna bakal jemaah akan dikenakan bayaran sebanyak RM9,980 seorang berbanding RM8,973 ketika ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, kenaikan perlu berpatutan sekiranya ia tidak dapat dielakkan.
‘‘TH perlu menimbang semula kadar ini dan kalau boleh beri subsidi kepada mereka yang berpendapatan rendah,’’ katanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang mendapati kenaikan itu mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.
Seorang pembantu tadbir Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Norani Salleh, 52, menyifatkan kenaikan tersebut terlalu tinggi.
‘‘Sepatutnya jika jika tidak boleh dielakkan, naikkan sedikit demi sedikit,’’ katanya.
Seorang kakitangan awam, Mek Rogayah Hamzah, 53, juga tidak bersetuju bayaran tambang itu dinaikkan berikutan kegawatan ekonomi sekarang.
‘‘Tabung Haji sepatutnya memahami kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi,’’ katanya.
Pemilik kedai pakaian, Kamal Bahari Abd. Rashid, 41, pula berkata, kadar tambang tersebut tidak sepatutnya dinaikkan berikutan keadaan ekonomi yang masih tidak stabil.
‘‘Perkhidmatan menunaikan haji sepatutnya tidak dijadikan sebagai perniagaan. TH sepatutnya membantu mereka yang ingin menunaikan haji,’’ katanya.
Pemilik sebuah restoran, Zarina Abdul Hamid, 37, juga berpendapat, kadar baru itu tidak munasabah.
Ahad, 17 Mei 2009
Renungan
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)
Bagaimana jika hanya tahu guna komputer

banyaknya habuk pemalas betul, kalau setahun disimpan boleh jual ni...




Ingat !!!Bangunan dari Lumut
Dinding guna cat? Ketinggalan betul la, sekarang orang guna lumut. Lebih jimat, lawa dan dapat udara segar sekali, tapi geli la sikit. Direka oleh 2 orang arkitek dari Mass Studies di sebuah rumah seorang fesyen designer Ann Demeulemeester's store in Seoul, South Korea.TRADITIONAL CHINESE MEDICINE
Kebanyakan perubatan tradisional cina mengunakan ramuan akar-akar kayu dan herba semulajadi yang telah diamalkan secara turun temurun daripada nenek moyang. Amalan perubatan tradisional ini masih diamalkan dikalangan pengamal perubatan tradisional kerana khasiat dan ramuan herb telah terbukti sejak zaman dahulu.
PowerPoint Presentation - Google Viewer
Lihat slide di atas untuk berkongsi maklumat berkaitan perubatan tradisional cina.
Diharapkan maklumat ini berguna untuk kesihatan anda.
Rabu, 13 Mei 2009
HARI GURU 16 MEI
LOGO HARI GURU
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 Tahun 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu.
Hari guru disambut bagi mengingati jasa dan budi guru-guru sebagai pendidik anak bangsa, sumbangan guru-guru sangat berharga. Mereka di ibaratkan sebagai lilin yang membakar diri menerangi orang lain.
Sempena sambutan Hari Guru pada tahun 2009 ini, tema yang di pilih ialah "Guru Pembina Negara Bangsa".
Jangan lupa menyambut hari Guru, buat cikgu-cikgu semua jasa mu akan kami kenang hingga akhir hayat, terima kasih cikgu....
Malaysia govt regains power in Perak state
By Razak Ahmad
IPOH, Malaysia, May 12 - Malaysia's National Front government, armed with a court order, took control of Perak state again on Tuesday in a development that will likely deepen political divisions in the country.
An appeals court decision on Tuesday delayed the handover of power to the national opposition after they won the right on Monday in the High Court to retake control of the state which they won at the 2008 elections.
After Tuesday's decision, riot police sealed off the assembly building in the state capital of Ipoh, where 90 people were arrested in anti-government protests last week.
The crisis in peninsular Malaysia's second largest state began when the National Front government took control of the state government in February through defections orchestrated by Najib Razak before he became premier in April.
It comes at a time when the National Front coalition is at its weakest in 51 years of ruling this Southeast Asian country of 27 million people and as the economy faces its first recession since the Asian financial crisis a decade ago.
"Perak is still in a state of limbo and uncertainty," said Mohd Nizar Jamaluddin, the chief minister of the opposition People's Alliance state government. "The courts cannot decide on the status of the government. It must be the people."
Nizar left the state assembly building after the appeals court ruling and the National Front chief minister said he would take power on Wednesday and reverse all decisions made by People's Alliance government over the last two days.
"I will continue my duties as chief minister until the appeals court decides on this matter," Zambry Abd Kadir told a news conference in Ipoh.
The stalemate in Perak comes as Malaysia's government is implementing a $16 billion budget boost to help the economy and as bond yields have risen due to a surging government budget deficit that will hit 7.6 percent of gross domestic product this year.
A-rated Malaysian 5-year bonds
The government stumbled to its worst ever election result in national and state polls last year and has since suffered defeats in four out of five by-elections as well as ousting lacklustre premier Abdullah Ahmad Badawi and replacing him with Najib.
It desperately wants to avoid another defeat, analysts said.
A poll by the independent Merdeka Centre after the February takeover by the National Front showed that 74 percent of respondents believed new elections should be held in Perak.
"The ruling party has not gained traction since Najib took over as PM and this leaves political uncertainty in the dire economic cocktail," said Vishnu Varathan, an economist at 4Cast, an economic research house.
The election defeats and the standoff in Perak have pitted the opposition against the government and the courts against Malaysia's royal families. Najib has also started to draw criticism from within his own United Malays National Organisation , the main ruling party.
On Tuesday, a former finance minister who tried to contest the UMNO leadership vote in March against Najib called the government's actions in Perak "shameful" and "illegitimate".
"... It is better for BN to risk state elections that we may lose rather than to lose the entire country by being seen to be opposed to decency, the rule of law, and the will of the people," Razaleigh Hamza wrote in his blog
"We have no future as a party if we are seen as being against the people rather than for them," he wrote.
(Writing by David Chance; Additional reporting by Jennifer Henderson and Niluksi Koswanage; Editing by Bill Tarrant)
'Pistol dibawa masuk ke sidang DUN 7 Mei'
Objek itu bagaimanapun tidak dapat dilihat dengan jelas.Insiden tersebut berlaku sejurus selepas berbelas individu yang tidak dikenali menyerbu masuk ke dalam dewan untuk membawa keluar Speaker V Sivakumar.Ditanya sama ada terdapat sebarang peraturan tetap dewan yang melarang senjatapi dibawa masuk ke dalam DUN, Sivakumar berkata, tidak ada, tetapi larangan itu merupakan amalan yang digunakan di seluruh dunia.Katanya, terdapat sebuah bilik khas yang disediakan di bangunan SUK bagi membolehkan individu menyimpan senjata mereka sebelum masuk ke dalam DUN.
Zambry kekal MB, Nizar cabar lagi
Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.
Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.
Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry. Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan."Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.
Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar. Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar. Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno. Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.
Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.
Berikutan keputusan itu, tokoh DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat akan memfailkan segera rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah penangguhan keputusan itu.
Selasa, 12 Mei 2009
Best Aviation Photography Ever Done
Industri penerbangan merupakan satu industri yang semakin berkembang di seluruh dunia. Perkhidmatan penerbangan udara mempercepatkan lagi perjalanan atau urusan penghantaran barang dari satu benua ke benua yang lain.
Didalam industri penerbangan terdapat berbagai jenis pesawat dari sekecil-kecil pesawat hingga sebesar Airbus 380.Setiap jenis atau kategori pesawat-pesawat ini mempunyai peranan masing masing. Pesawat-pesawat kecil kebanyakan digunakan sebagai pesawat latihan iaitu dari jenis Cessna172, 150 ,182 Cessna Caravan 208, pilatus 7, 6, MD3, RV4 dan lain-lain.

Didalam pengangkutan udara pula pesawat yang digunakan seperti Boeing, B737-200,300,400, B747-400, Mc Donald Douglas, MD11, Airbus, A320,A330, dan yang terbaru A380.




































