Pejalanan ke aku kali ini adalah ke satu daerah yang sangat asing bagi aku, kerana ini merupakan pengalaman pertama aku sepanjang berada di sarawak, kerana sebelum ini aku hanya bergerak di sekitar bandar kuching.Perjalanan ini merupakan pengalaman yang amat menarik bagi aku kerana jarak perjalanan agak jauh ke arah selatan Bandaraya Kuching.
Aku bergerak ke Kota Samarahan dari bandar Kuching dengan menaiki kereta bersama seorang kawan. Kota Samarahan merupakan pusat pendidikan di Kuching, di sini terdapat Universiti, Politeknik dan Pusat Latihan Intan. Pembangunan sedang giat di laksanakan tetapi pembangunannya agak perlahan. Jika dilihat pekan Kota Samarahan agak kecil berbanding Bandar Universiti di semenanjung.
Dari Kota Samarahan kami bergerak ke sebuah pekan kecil di Asajaya. Perjalanan kami ke Asajaya mengambil masa yang agak lama kerana kami terpaksa menaiki feri untuk menyeberangi sungai. Kami terpaksa menunggu lebih kurang 30 minit sebelum dapat menaiki feri kerana pada ketika itu air baru hendak pasang. Perkhidmatan feri bergantung kepada pasang/surut air di sungai tersebut.
Sementara menunggu air pasang kami, merayau rayau sekitar jeti, memandangkan terdapat gerai-gerai kecil menjual berbagai makanan dan minuman.Apa lagi posing la sikit kat tempat tu!!!
![]() |
| aksi tepi sungai bro.. |
![]() |
| sibuk ambil gambar |
Ini lah pemandangan di tepi sungai tu.. air keroh biasa la beb nama pun sungai.
Aku sempat mengambil gambar sekitar kawasan..lambat betul nak tunggu feri, cuaca pulak agak panas maklumlah dah jam 12 tengahari.
| barisan kenderaan mennuggu |
| barisan depan |
![]() |
| pejalan kaki menaiki bot penambang |
Aku lihat bagi pejalan kaki yang nak menyeberang sungai terdapat beberapa bot penambang yangsedang menunggu di tepi sungai untuk ke seberang. Terdapat juga bot kecil yang membawa motosikal ketika air surut. Memandangkan feri belum dapat bergerak sempat kami minum dulu di gerai berhampiran.
Agak lama juga menanti air pasang, kelihatan feri dah mula bergerak untuk ke tempat kenderaan sedang menunggu,apabila kenderaan mula bergerak masuk ke dalam feri kami pun menghidupkan injin dan bergerak ke dalam feri. Jumlah kenderaan ini masuk agak banyak juga, rasanya lebih dari 20 buah kereta dan lori, jumlah motosikal aku rasa lebih daripada 15 buah.
Semoga ilmu dikongsi menjadi panduan hidup kita, namun seandainya tiada rotan, akar pun berguna juga.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan